Tuesday, May 19, 2009

Horizon Cinta

Kubawa hatimu, kubawa di hatiku,
Tidak pernah ku tanpanya,
Ke mana ku pergi, kau di sisi,
Apa jua ku lakukan, kerana itu yang kau lakukan,
Ku tidak gentar pada masa depan, kerana kau masa depanku,
Ku tidak perlukan dunia, kerana kau duniaku,
Di sini rahsianya yang tiada siapa tahu,
Petala segala langit...
Kuntum segala kelopak...
Tunjang segala akar, sebuah pohon kehidupan,
Yang terus meninggi dari sebuah jiwa harapkan,
Atau sebuah minda mampu sembunyikan,
Ajaibnya ia mampu memisahkan bintang,
Anehnya ia bisa membuat bulan mengambang,
Kubawa hatimu, kubawa di hatiku...

No comments:

Post a Comment